Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam.
PENDAHULUAN Keusahawanan merupakan satu bidang yang kini menjadi aspek utama dalam memastikan kemandirian pelajar-pelajar kolej komuniti di seluruh Malaysia. Berdasarkan keadaan ekonomi yang tidak menentu di seluruh dunia dewasa kini, aspek keusahawanan perlu ditanam di dalam diri setiap bakal graduan kolej komuniti dalam memastikan bahawa lepasan kolej ini mampu berdikari dan tidak hanya menanti kerjaya berpendapatan tetap yang semakin sukar diperolehi. Bak kata pepatah, ibarat menunggu buah yang tidak gugur. Graduan-graduan kolej patut disediakan dengan sifat jati diri yang positif dan berdaya saing, sentiasa bersemangat untuk mencuba dan sanggup mengambil risiko. Keusahawanan adalah satu bidang yang patut dipupuk sehingga sebati dengan diri pelajar kolej komuniti dan akhirnya lepasan kolej komuniti sendiri menjadi sinonim dengan aktiviti berkaitan dengan keusahawanan. Justeru, Kolej Komuniti xxxx merasa terpanggil untuk menyediakan aktiviti yang berteraskan keusahawanan untuk pelajar –pelajar selagi mana mereka belajar di kolej ini.